31.3.09

Team Bimbo

Selamat hari Selasa!
:D

Hari ni aku berbesar hati nak introduce satu-satunya partner-in-crime aku buat masa ini, saudara Salim Al Sagaff, yang katanya akan turut menyumbang untuk blog bimbo ku ini.


Salim ini aku kenal lama giler dah. Sejak aku di bangku sekolah lagi, walaupun kat sekolah aku takde lar pakai bangku. Dia nie duduk sebelah aku jer dalam kelas masa aku sekolah menengah. Kitorang time tu ada satu persamaan, iaitu meminati music Insane Clown Posse. Tapi aku dah kurang ar dengar music camtu. Nak mencarut jer keja. Aku dah baik sekarang. So aku dengar music yang baik-baik sahaja.
:D


Salim ni aku kenal sebagai seorang yang kuat makan, kuat buat lawak yang kurang berkesan, suka berlari walaupun tengah berjalan (and aku tak tau kenaper). Kalau aku kuar dengan dia, penat giler sebab nak tak nak aku pun terpaksa berlari. Dia tak reti nak jalan macam orang lain kot.

Dia berbakat dari segi lukisan, art and stuff yang berkaitan dengan nya. Sekarang still studying
mechanical engineering, somewhere in Petaling Jaya.

Last aku jumpa Salim ni time birthday dia. Hari tu dia hutang aku bayar tiket movie, dengan KFC meal dia. Sampai sekarang tak bayar-bayar lagi. Haih!


Sebulan dua yang lepas, kitorang ada plan nak pegi gig sama-sama, tapi si Salim ni boleh pulak membuta sampai ke petang. Buat penat aku jer tunggu!

Anyway, aku harap dengan adanya partner aku ni, maka variety music dalam bimbo blog ini akan lebih meluas. Sebab aku dengan Salim totally minat genre music yang berlainan.

Dan aku harap Salim akan banyak bagi tunjuk ajar kat aku ya!
Begitu juga dengan kamu-kamu yang lain!


:)

quoted from Salim : "Ada apa dalam perut? Cinta...."





3 comments:

salim assegaf said...

LOLs...syukran jazilan.. :P

eza.sulyzza said...

oii...ney entry???

salim assegaf said...

DONE! :D